BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 11, 2013

OPTIMIS?? (SIRI PERTAMA)

Pengenalan Mengenai Optimis

~Istilah maqaam المقام atau kedudukan diperihalkan untuk menunjukkan sesuatu yang telah kuat dan lestari.Seandainya sesuatu yang dimaksudkan cepat lenyap,maka keadaannya bukan disebut sebagai maqaam.Sehubungan dengan pengertian ini,amalan hati seharusnya disebut dengan istilah maqaam,bukan perkara yang tidak tetap.Sebagai contoh:

"Warna kuning yang pekat
adalah emas,sedangkan warna kuning
kerana sakit,kerana takut dan malu,
bersifat cepat lenyap dan tidak pekat"

~Kedudukan takut dan malu kepada Allah serta ikhlas selamanya,memang ada pada sebahagian orang meskipun lemah,mengingatkan manusia itu mengalami pelbagai keadaan tidak menetap.Demikan juga hal optimis,dituntut agar bersifat menetap,mapan dan lestari,bukan sebagai keadaan yang cepat lenyap dan mudah beralih ke tempat lain (tidak tetap pendirian).



Apakah yang di maksudkan dengan Optimis??

~Setakat kajian saya,optimis asal perkataan dari bahasa arab iaitu Ar raja' الرجاع yang bermaksud pengembalian atau kembali.Manusia lebih memahami bahawa optimis ialah perasaan tenang dalam diri seseorang untuk menunggu sesuatu yang di sukainya tanpa ada gangguan.Akan tetapi,perasaan ini berdasarkan suatu alasan yang dapat diraih melalui penyebabnya.Jika tidak ada penyebab (jalan) untuk meraihnya,maka disebut sebagai angan-angan.Sesungguhnya manusia menunggu sesuatu tanpa penyebab disebut sebagai orang yang hanya berangan-angan atau yang mengelamun.

~Adapun sesuatu yang mempunyai penyebab,sedang orang berkenaan menunggu hasil yang disukainya atas berkat usahanya,maka inilah yang disebut sebagai optimisme atau harapan.


Apakah yang di maksudkan dengan Angan-Angan??

~Adapun berangan-angan berbeza dengan optimis yang dianjurkan oleh syariat.Orang yang hanya berangan-angan adalah orang yang bukan sahaja pemalas,bahkan juga tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dia tidak mahu memerah keringat dan tidak mahu bertawakal.Keadaannya sama seperti orang yang mengharapkan tanahnya dapat membuahkan hasil,sementara dia tidak mahu bekerja keras ke arah itu,maka pelakunya adalah orang yang jelas kerugiannya.

Firman Allah yang bermaksud:

(Balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu.

(Surah An Nisa' surah ke-4, juzu ke-5, ayat ke-123)

~Oleh sebab itu,sikap optimis merupakan salah satu penyebab paling kuat yang dapat membantu seseorang untuk menempuh jalan Tuhannya dan berpendirian teguh dalam agamanya,lebih-lebih lagi fitnah,syahwat,ujian,dan hal-hal yang syubhat banyak berlaku pada masa sekarang.

(Kita akan sambung pada Siri yang Kedua...insya Allah) ^_^





Wednesday, April 10, 2013

PENILAIAN TERHADAP MANIFESTO BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT

Jika kita menilai manifesto yang di keluarkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional agak sama.Ini kerana Barisan Nasional yang sebenarnya telah menciplak manifesto yang telah di war-warkan terlebih dahulu oleh Pakatan Rakyat pada 25 Februari 2013.Kenapa Barisan Nasional menciplak manifesto yang dibuat oleh Pakatan Rakyat?

Pada pandangan saya,mereka (B.N) sebenarnya telah menilai setiap satu persatu manifesto P.R malah mereka sentiasa mengkaji manifesto tersebut dan terbukti manifesto yang di keluarkan oleh P.R sebenarnya menepati cita rasa rakyat.Rakyat sekarang tidak lagi seperti zaman era 60-an,70-an,dan 80-an yang hanya merasakan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah yang terbaik.Kini mereka mulai sedar bahawa rakyat sekarang ini telah melalui satu proses 'Kematangan Dalam Berpolitik'.Mereka bukan sahaja menilai malah mereka juga mengkaji apa yang terbaik untuk mereka dan untuk negara khususnya Malaysia.

'Tsunami Politik' di Malaysia kian berubah hari demi hari,rakyat kini sudahpun menilai serta akan menghukum pemerintah sekiranya mereka melakukan suatu perkara yang tidak menepati citarasa mereka.Mereka akan menolak serta meminta di ubah kepada kerajaan yang lain sepertimana yang telah di lakukan oleh negara-negara barat.Kini kerajaan yang sedia ada telahpun melepasi setengah abad,satu usia yang agak lama sehinggakan mereka ketandusan idea dalam mencipta satu manifesto baru yang boleh menyakinkan rakyat untuk mengundi mereka yang akhirnya mereka terpaksa menciplak manifesto yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kini kita beralih pula kepada Pakatan Rakyat.Saya kira mereka sudah mulai sedar bahawa permintaan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi.Jika kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang,kami selaku rakyat meminta kepada kerajaan baru nanti membuat satu 'Anjakan Paradigma' terhadap masyarakat dan perlu memperbaiki segala pengurusan kenegaraan yang lebih efeksyen dan profesional.Kami minta supaya gejala rasuah,korupsi dan pembaziran duit rakyat di adili secara lebih adil.Ini kerana telah termaktub di dalam Al Quran,Surah Al Maidah surah yang ke-5,juzu' ke-6,ayat ke-8 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

Di dalam Hadis yang di riwayat oleh Saidatina Aisyah R.anha,Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya telah berlakulah kerosakan umat sebelum kamu,apabila kecurian yang berlaku oleh orang yang mulia (tinggi kedudukannya) maka kamu akan meninggalkannya (tanpa mengenakan apa-apa hukuman) dan apabila kecurian yang berlaku dari kalangan orang yang lemah (mereka yang tidak mempunyai kedudukan) maka kamu akan tegakkan hukuman had ke atasnya,demi Allah,jika sekiranya Fatimah Binti Muhammad itu mencuri maka aku (Nabi Muhammad) akan memotong tangannya". (Riwayat Imam Bukhari)

Nah! secara jelas,keadilan mestilah di bahagikan sama rata.Tidak kira mereka yang berkedudukan tinggi ataupun tidak.Keadilan mestilah bersifat sejagat agar kemaslahatan ummah itu di pelihara dengan saksama.

Manifesto yang telah diutarakan oleh pihak Pakatan Rakyat lebih kepada menjaga kebajikan rakyat.Suatu isu yang menjadi tunggak utama dalam masyarakat ialah gejala rasuah.Dalam manifesto Barisan Nasional mereka menyatakan bahawa mereka akan membanteras gejala rasuah sekaligus menghapuskan secara keseluruhan bagi mereka yang terlibat.Dalam manifesto Pakatan Rakyat pula,mereka ingin mewujudkan satu dasar yang di namakan DEBARAN (Dasar Banteras Rasuah Negara) bagi membanteras secara signifikan wabak rasuah yang berlaku di negara Malaysia.Pelbagai langkah yang telah di utarakan oleh kedua-dua pihak dalam menangani isu rasuah yang kian semakin merebak di serata pelusuk Malaysia.

Saya bukanlah orang yang hendak memihak kepada sesebuah parti tetapi selaku rakyat yang mengkaji serta meneliti kedua-dua parti ini maka saya yakin dengan apa yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat dalam hendak memenangi hasrat rakyat.

Sekian,Terima Kasih

Khairul Amsyar Bin Ahmad
Tahun 3
Universiti Mu'tah,Jordan


TAWAKAL?? (SIRI PERTAMA)


Tawakal adalah merupakan kedudukan yang mulia lagi besar pengaruhnya.Tawakal termasuk dalam kewajipan iman yang paling utama,amal yang paling penting,ibadat yang mendekatkan diri pelakunya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah,dan kedudukan paling tinggi dalam mengesakan Allah SWT.

Apakah pengenalan tentang Tawakal??

~Tawakal merupakan suatu kedudukan yang berada sebelum 'inabah (kembali kepada Allah).Tawakal dikatakan sedemikian kerana dalam meraih tujuannya,seseorang itu dianjurkan untuk bertawakal (berusaha keras dengan penuh kepasrahan kepada Allah).Kesimpulannya,kedudukan tawakal sama halnya dengan saranan,manakala kedudukan 'inabah pula adalah tujuannya.


Apa kata Ibnu Qayyim Rahimahullah berkenaan Tawakal??

~Tawakal adalah sebahagian daripada agama,sedangkan sebahagian lainnya terletak pada 'inabah,kerana sesungguhnya agama itu pada inti patinya adalah memohon pertolongan kepada Tuhan dan menghambakan diri kepadaNya.

Apa Pandangan Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin tentang Tawakal??



~Orang yang sentiasa hidup dengan Tawakal kepada Allah,mereka akan lihat keajaiban yang dimana mereka sendiri tidak sangka yang mereka akan memilikinya,telah berkata Ulama Tasauf mengenainya :

إذا أخذ الله منك ,ما لم تتوقع ضياعها ,فسوف يعطيك الله ما لم تتوقع تملكها

Maksudnya: Apabila Allah mengambil sesuatu perkara daripada kamu,sesuatu yang tidak kamu sangka akan kehilangannya,maka Allah akan memberikan kepada kamu sesuatu perkara yang dimana kamu sendiri tidak menyangka kamu akan memilikinya.

~Telah berkata As Syeikh al Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa "Sesungguhnya tawakal kepada Allah merupakan salah satu daripada kewajiban yang paling besar sebagaimana ikhlas kepada Allah SWT.Sesungguhnya ikhlas kepada Allah telah memerintah kepada kita untuk bertawakal kepadaNya yang bukan hanya dalam satu ayat (surah Al Maidah ayat 23).Malah,kepentingan tawakal adalah sama dengan perintah berwudhu' dan mandi janabah.



Apakah doa bagi mereka yang bertawakal kepada Allah??

Dalam Al-Quran:

~Allah SWT berfirman,menceritakan ucapan kekasihnya Nabi Ibrahim A.S dan orang-orang yang beriman bersamanya,dalam doa mereka:

ربنا عليك توكلنا وإليك أنبنا وإليك المصير

(Surah al-Mumtahanah : 4)

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami,kami bertawakal hanya kepadaMu dalam semua urusan kami,kami memasrahkan dan menyerahkannya hanya kepadaMu"

Dalam Hadith Nabi Muhammad SAW

~Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud,dalam كتاب الأدب , pada Bab ما يقول إذا أصبح , hadith ke-5090,Nabi Muhammad SAW bersabda:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah,sesungguhnya aku mengharapkan rahmatMu,maka Aku berharap janganlah engkau membiarkan aku menguruskan diriKu sendiri walaupun sekelip mata dan perbaikilah bagiKu segala urusanKu.Tiada Tuhan melainkan engkau (Allah)

(Sambungan Siri Kedua..Akan datang...insya Allah)   ^_^