BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 11, 2013

OPTIMIS?? (SIRI PERTAMA)

Pengenalan Mengenai Optimis

~Istilah maqaam المقام atau kedudukan diperihalkan untuk menunjukkan sesuatu yang telah kuat dan lestari.Seandainya sesuatu yang dimaksudkan cepat lenyap,maka keadaannya bukan disebut sebagai maqaam.Sehubungan dengan pengertian ini,amalan hati seharusnya disebut dengan istilah maqaam,bukan perkara yang tidak tetap.Sebagai contoh:

"Warna kuning yang pekat
adalah emas,sedangkan warna kuning
kerana sakit,kerana takut dan malu,
bersifat cepat lenyap dan tidak pekat"

~Kedudukan takut dan malu kepada Allah serta ikhlas selamanya,memang ada pada sebahagian orang meskipun lemah,mengingatkan manusia itu mengalami pelbagai keadaan tidak menetap.Demikan juga hal optimis,dituntut agar bersifat menetap,mapan dan lestari,bukan sebagai keadaan yang cepat lenyap dan mudah beralih ke tempat lain (tidak tetap pendirian).



Apakah yang di maksudkan dengan Optimis??

~Setakat kajian saya,optimis asal perkataan dari bahasa arab iaitu Ar raja' الرجاع yang bermaksud pengembalian atau kembali.Manusia lebih memahami bahawa optimis ialah perasaan tenang dalam diri seseorang untuk menunggu sesuatu yang di sukainya tanpa ada gangguan.Akan tetapi,perasaan ini berdasarkan suatu alasan yang dapat diraih melalui penyebabnya.Jika tidak ada penyebab (jalan) untuk meraihnya,maka disebut sebagai angan-angan.Sesungguhnya manusia menunggu sesuatu tanpa penyebab disebut sebagai orang yang hanya berangan-angan atau yang mengelamun.

~Adapun sesuatu yang mempunyai penyebab,sedang orang berkenaan menunggu hasil yang disukainya atas berkat usahanya,maka inilah yang disebut sebagai optimisme atau harapan.


Apakah yang di maksudkan dengan Angan-Angan??

~Adapun berangan-angan berbeza dengan optimis yang dianjurkan oleh syariat.Orang yang hanya berangan-angan adalah orang yang bukan sahaja pemalas,bahkan juga tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dia tidak mahu memerah keringat dan tidak mahu bertawakal.Keadaannya sama seperti orang yang mengharapkan tanahnya dapat membuahkan hasil,sementara dia tidak mahu bekerja keras ke arah itu,maka pelakunya adalah orang yang jelas kerugiannya.

Firman Allah yang bermaksud:

(Balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu.

(Surah An Nisa' surah ke-4, juzu ke-5, ayat ke-123)

~Oleh sebab itu,sikap optimis merupakan salah satu penyebab paling kuat yang dapat membantu seseorang untuk menempuh jalan Tuhannya dan berpendirian teguh dalam agamanya,lebih-lebih lagi fitnah,syahwat,ujian,dan hal-hal yang syubhat banyak berlaku pada masa sekarang.

(Kita akan sambung pada Siri yang Kedua...insya Allah) ^_^





0 ulasan: