BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 10, 2013

PENILAIAN TERHADAP MANIFESTO BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT

Jika kita menilai manifesto yang di keluarkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional agak sama.Ini kerana Barisan Nasional yang sebenarnya telah menciplak manifesto yang telah di war-warkan terlebih dahulu oleh Pakatan Rakyat pada 25 Februari 2013.Kenapa Barisan Nasional menciplak manifesto yang dibuat oleh Pakatan Rakyat?

Pada pandangan saya,mereka (B.N) sebenarnya telah menilai setiap satu persatu manifesto P.R malah mereka sentiasa mengkaji manifesto tersebut dan terbukti manifesto yang di keluarkan oleh P.R sebenarnya menepati cita rasa rakyat.Rakyat sekarang tidak lagi seperti zaman era 60-an,70-an,dan 80-an yang hanya merasakan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah yang terbaik.Kini mereka mulai sedar bahawa rakyat sekarang ini telah melalui satu proses 'Kematangan Dalam Berpolitik'.Mereka bukan sahaja menilai malah mereka juga mengkaji apa yang terbaik untuk mereka dan untuk negara khususnya Malaysia.

'Tsunami Politik' di Malaysia kian berubah hari demi hari,rakyat kini sudahpun menilai serta akan menghukum pemerintah sekiranya mereka melakukan suatu perkara yang tidak menepati citarasa mereka.Mereka akan menolak serta meminta di ubah kepada kerajaan yang lain sepertimana yang telah di lakukan oleh negara-negara barat.Kini kerajaan yang sedia ada telahpun melepasi setengah abad,satu usia yang agak lama sehinggakan mereka ketandusan idea dalam mencipta satu manifesto baru yang boleh menyakinkan rakyat untuk mengundi mereka yang akhirnya mereka terpaksa menciplak manifesto yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kini kita beralih pula kepada Pakatan Rakyat.Saya kira mereka sudah mulai sedar bahawa permintaan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi.Jika kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang,kami selaku rakyat meminta kepada kerajaan baru nanti membuat satu 'Anjakan Paradigma' terhadap masyarakat dan perlu memperbaiki segala pengurusan kenegaraan yang lebih efeksyen dan profesional.Kami minta supaya gejala rasuah,korupsi dan pembaziran duit rakyat di adili secara lebih adil.Ini kerana telah termaktub di dalam Al Quran,Surah Al Maidah surah yang ke-5,juzu' ke-6,ayat ke-8 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

Di dalam Hadis yang di riwayat oleh Saidatina Aisyah R.anha,Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya telah berlakulah kerosakan umat sebelum kamu,apabila kecurian yang berlaku oleh orang yang mulia (tinggi kedudukannya) maka kamu akan meninggalkannya (tanpa mengenakan apa-apa hukuman) dan apabila kecurian yang berlaku dari kalangan orang yang lemah (mereka yang tidak mempunyai kedudukan) maka kamu akan tegakkan hukuman had ke atasnya,demi Allah,jika sekiranya Fatimah Binti Muhammad itu mencuri maka aku (Nabi Muhammad) akan memotong tangannya". (Riwayat Imam Bukhari)

Nah! secara jelas,keadilan mestilah di bahagikan sama rata.Tidak kira mereka yang berkedudukan tinggi ataupun tidak.Keadilan mestilah bersifat sejagat agar kemaslahatan ummah itu di pelihara dengan saksama.

Manifesto yang telah diutarakan oleh pihak Pakatan Rakyat lebih kepada menjaga kebajikan rakyat.Suatu isu yang menjadi tunggak utama dalam masyarakat ialah gejala rasuah.Dalam manifesto Barisan Nasional mereka menyatakan bahawa mereka akan membanteras gejala rasuah sekaligus menghapuskan secara keseluruhan bagi mereka yang terlibat.Dalam manifesto Pakatan Rakyat pula,mereka ingin mewujudkan satu dasar yang di namakan DEBARAN (Dasar Banteras Rasuah Negara) bagi membanteras secara signifikan wabak rasuah yang berlaku di negara Malaysia.Pelbagai langkah yang telah di utarakan oleh kedua-dua pihak dalam menangani isu rasuah yang kian semakin merebak di serata pelusuk Malaysia.

Saya bukanlah orang yang hendak memihak kepada sesebuah parti tetapi selaku rakyat yang mengkaji serta meneliti kedua-dua parti ini maka saya yakin dengan apa yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat dalam hendak memenangi hasrat rakyat.

Sekian,Terima Kasih

Khairul Amsyar Bin Ahmad
Tahun 3
Universiti Mu'tah,Jordan


0 ulasan: