~Istilah maqaam المقام atau kedudukan diperihalkan untuk menunjukkan sesuatu yang telah kuat dan lestari.Seandainya sesuatu yang dimaksudkan cepat lenyap,maka keadaannya bukan disebut sebagai maqaam.Sehubungan dengan pengertian ini,amalan hati seharusnya disebut dengan istilah maqaam,bukan perkara yang tidak tetap.Sebagai contoh:
Thursday, April 11, 2013
OPTIMIS?? (SIRI PERTAMA)
~Istilah maqaam المقام atau kedudukan diperihalkan untuk menunjukkan sesuatu yang telah kuat dan lestari.Seandainya sesuatu yang dimaksudkan cepat lenyap,maka keadaannya bukan disebut sebagai maqaam.Sehubungan dengan pengertian ini,amalan hati seharusnya disebut dengan istilah maqaam,bukan perkara yang tidak tetap.Sebagai contoh:
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 4/11/2013 02:32:00 AM 0 ulasan
Wednesday, April 10, 2013
PENILAIAN TERHADAP MANIFESTO BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT
Pada pandangan saya,mereka (B.N) sebenarnya telah menilai setiap satu persatu manifesto P.R malah mereka sentiasa mengkaji manifesto tersebut dan terbukti manifesto yang di keluarkan oleh P.R sebenarnya menepati cita rasa rakyat.Rakyat sekarang tidak lagi seperti zaman era 60-an,70-an,dan 80-an yang hanya merasakan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah yang terbaik.Kini mereka mulai sedar bahawa rakyat sekarang ini telah melalui satu proses 'Kematangan Dalam Berpolitik'.Mereka bukan sahaja menilai malah mereka juga mengkaji apa yang terbaik untuk mereka dan untuk negara khususnya Malaysia.
'Tsunami Politik' di Malaysia kian berubah hari demi hari,rakyat kini sudahpun menilai serta akan menghukum pemerintah sekiranya mereka melakukan suatu perkara yang tidak menepati citarasa mereka.Mereka akan menolak serta meminta di ubah kepada kerajaan yang lain sepertimana yang telah di lakukan oleh negara-negara barat.Kini kerajaan yang sedia ada telahpun melepasi setengah abad,satu usia yang agak lama sehinggakan mereka ketandusan idea dalam mencipta satu manifesto baru yang boleh menyakinkan rakyat untuk mengundi mereka yang akhirnya mereka terpaksa menciplak manifesto yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Kini kita beralih pula kepada Pakatan Rakyat.Saya kira mereka sudah mulai sedar bahawa permintaan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi.Jika kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang,kami selaku rakyat meminta kepada kerajaan baru nanti membuat satu 'Anjakan Paradigma' terhadap masyarakat dan perlu memperbaiki segala pengurusan kenegaraan yang lebih efeksyen dan profesional.Kami minta supaya gejala rasuah,korupsi dan pembaziran duit rakyat di adili secara lebih adil.Ini kerana telah termaktub di dalam Al Quran,Surah Al Maidah surah yang ke-5,juzu' ke-6,ayat ke-8 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".
Di dalam Hadis yang di riwayat oleh Saidatina Aisyah R.anha,Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya telah berlakulah kerosakan umat sebelum kamu,apabila kecurian yang berlaku oleh orang yang mulia (tinggi kedudukannya) maka kamu akan meninggalkannya (tanpa mengenakan apa-apa hukuman) dan apabila kecurian yang berlaku dari kalangan orang yang lemah (mereka yang tidak mempunyai kedudukan) maka kamu akan tegakkan hukuman had ke atasnya,demi Allah,jika sekiranya Fatimah Binti Muhammad itu mencuri maka aku (Nabi Muhammad) akan memotong tangannya". (Riwayat Imam Bukhari)
Nah! secara jelas,keadilan mestilah di bahagikan sama rata.Tidak kira mereka yang berkedudukan tinggi ataupun tidak.Keadilan mestilah bersifat sejagat agar kemaslahatan ummah itu di pelihara dengan saksama.
Manifesto yang telah diutarakan oleh pihak Pakatan Rakyat lebih kepada menjaga kebajikan rakyat.Suatu isu yang menjadi tunggak utama dalam masyarakat ialah gejala rasuah.Dalam manifesto Barisan Nasional mereka menyatakan bahawa mereka akan membanteras gejala rasuah sekaligus menghapuskan secara keseluruhan bagi mereka yang terlibat.Dalam manifesto Pakatan Rakyat pula,mereka ingin mewujudkan satu dasar yang di namakan DEBARAN (Dasar Banteras Rasuah Negara) bagi membanteras secara signifikan wabak rasuah yang berlaku di negara Malaysia.Pelbagai langkah yang telah di utarakan oleh kedua-dua pihak dalam menangani isu rasuah yang kian semakin merebak di serata pelusuk Malaysia.
Saya bukanlah orang yang hendak memihak kepada sesebuah parti tetapi selaku rakyat yang mengkaji serta meneliti kedua-dua parti ini maka saya yakin dengan apa yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat dalam hendak memenangi hasrat rakyat.
Sekian,Terima Kasih
Khairul Amsyar Bin Ahmad
Tahun 3
Universiti Mu'tah,Jordan
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 4/10/2013 09:36:00 PM 0 ulasan
TAWAKAL?? (SIRI PERTAMA)
Apakah pengenalan tentang Tawakal??
Apa kata Ibnu Qayyim Rahimahullah berkenaan Tawakal??
Apakah doa bagi mereka yang bertawakal kepada Allah??
Dalam Al-Quran:
~Allah SWT berfirman,menceritakan ucapan kekasihnya Nabi Ibrahim A.S dan orang-orang yang beriman bersamanya,dalam doa mereka:
Dalam Hadith Nabi Muhammad SAW
~Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud,dalam كتاب الأدب , pada Bab ما يقول إذا أصبح , hadith ke-5090,Nabi Muhammad SAW bersabda:
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 4/10/2013 04:37:00 AM 0 ulasan
Sunday, April 10, 2011
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH...
2. Taat kepada suami
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 4/10/2011 08:37:00 PM 0 ulasan
Thursday, April 7, 2011
Ukhwah Fillah
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 4/07/2011 08:10:00 PM 0 ulasan
Thursday, December 30, 2010
Sejarah Perkembangan Ilmu Nahwu
Pada jaman Jahiliyyah, kebiasaan orang-orang Arab ketika mereka berucap atau berkomunikasi dengan orang lain, mereka melakukannya dengan tabiat masing-masing, dan lafazh-lafazh yang muncul, terbentuk dengan peraturan yang telah ditetapkan mereka, di mana para junior belajar kepada senior, para anak belajar bahasa dari orang tuanya dan seterusnya. Namun ketika Islam datang dan menyebar ke negeri Persia dan Romawi, terjadinya pernikahan orang Arab dengan orang non Arab, serta terjadi perdagangan dan pendidikan, menjadikan Bahasa Arab bercampur baur dengan bahasa non Arab. Orang yang fasih bahasanya menjadi jelek dan banyak terjadi salah ucap, sehingga keindahan Bahasa Arab menjadi hilang. Dari kondisi inilah mendorong adanya pembuatan kaidah-kaidah yang disimpulkan dari ucapan orang Arab yang fasih yang bisa dijadikan rujukan dalam mengharakati bahasa Arab, sehingga muncullah ilmu pertama yang dibuat untuk menyelamatkan Bahasa Arab dari kerusakan, yang disebut dengan ilmu Nahwu.
Adapun orang yang pertama kali menyusun kaidah Bahasa Arab adalah Abul Aswad Ad-Duali dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Khalifah Sayidina Ali Bin Abi Thalib, KW.
Terdapat suatu kisah yang dinukil dari Abul Aswad Ad-Duali, bahwasanya ketika ia sedang berjalan-jalan dengan anak perempuannya pada malam hari, sang anak mendongakkan wajahnya ke langit dan memikirkan tentang indahnya serta bagusnya bintang-bintang. Kemudian ia berkata, مَا أَحْسَنُ السَّمَاءِ . “Apakah yang paling indah di langit?”. Dengan mengkasrah hamzah, yang menunjukkan kalimat tanya.
Kemudian sang ayah mengatakan, نُجُوْمُهَا يَا بُنَيَّةُ . “Wahai anakku, Bintang-bintangnya”.
Namun sang anak menyanggah dengan mengatakan, اِنَّمَا اَرَدْتُ التَّعَجُّبَ . “Sesungguhnya aku ingin mengungkapkan kekaguman”.
Maka sang ayah mengatakan, kalau begitu ucapkanlah, مَا اَحْسَنَ السَّمَاءَ . “Betapa indahnya langit”. Bukan, مَا اَحْسَنُ السَّمَاءِ . “Apakah yang paling indah di langit?”. Dengan memfathahkan hamzah…
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 12/30/2010 04:17:00 AM 0 ulasan
Wednesday, December 29, 2010
MARI BELAJAR BAHASA AL QURAN
1)إِنْسَانٌ مثل:رَجُلٌ (manusia cth:lelaki)
2)نَبَاتٌ مثل:وَرْدَةٌ (tumbuhan cth:bunga)
3)جَمَادٌ مثل:بَيْتٌ (Benda cth:rumah)
4)حَيَوَانٌ مثل:قِرْدٌ (haiwan cth:kera)
5)مَكَانٌ مثل:بغداد (tempat cth:Baghdad)
6)زَمَانٌ مثل:يَوْمٌ (masa cth:hari)
7)صفة مثل:جميل (sifat cth:cantik)
8)معنى مُجَرَّدٌ من الزمان مثل:اِسْتِقْلَالُ (makna yg tdk terikat dgn msa:merdeka)
apabila ade kalimah yg menunjukkn 8 jnis ini ialah isim...insya Allah nt kita blajo plak علامة الإسم ea...semoga di manfaatkn..."اللغة العربية هي للغة القرآن"
Salam...hari ini(30/12/2010)kita blajo plak tanda2 utk mengenali isim...ea la..nk kenal isim prlu ade tandanya mcm kita nk knai kwn kita...msti kita tawu keadaan atau sifat dia...harap dpt memahami ape yg ana sampaikn ea...
TANDA-TANDA YANG TERDAPAT PADA KALIMAH ISIM
- Boleh di tanwinkan
Peringatan:Apabila di masukkan(ال) atasnya,maka baris akhir Isim akan berubah dari tanwin kepada baris depan(ضمة) sahaja.
3.Apabila di masukkan huruf An Nida'(يا) atasnya
=Contohnya:
1)ياَ رَجُلٌ
2)ياَ وَلَدٌ
3)ياَ أَخِي
4.Apabila dimasukkan huruf jar atau dengan Di Idhofatkan ia(الإضافة)
=Ketika datang Isim selepas salah satu dari huruf jar,maka baris huruf akhir akan berubah dari Rafa' atau Nasab kepada majrur.Contohnya:
هَذِهِ شَجَرَةٌ = القِرْدُ على الشَّجَرَةِ
~Begitu juga apabila isim menjadi مضاف إليه , maka baris akhir huruf isim itu akan bertukar dari keadaan rafa' atau nasab kepada keadaan majrur
المَدْرَسَةُ = بَابُ المَدْرَسَةِ
5.Boleh di sandarkan kepadanya(الإسناد إليه) kepada khobar atau sifat
=Contoh:
1) (التِّلْمِيْذُ مُجْتَهِدٌ (التلميذ =خبر/ مجتهد=صفة
Nota:Apabila kalimah bahasa arab menerima salah satu dari 5 tanda di atas maka ia di namakan isim.Dan jika kalimah bahasa arab tidak menerima salah satu dari 5 tanda di atas maka ia tidak dinamakan isim.
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 12/29/2010 07:22:00 PM 0 ulasan
Thursday, December 23, 2010
hanya padaNYA tempat aku meminta;
Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.
Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.
Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.
Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.
Sesungguhnya dalam apa yang aku pinta itu,
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN...
Syukur padaMu Ya,Allah....
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 12/23/2010 01:23:00 PM 0 ulasan
Saturday, December 18, 2010
pelajaran untuk sayang kepada yang sayang..
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Sangka baik padanya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya. Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Berikan kepercayaan anda padanya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Sesungguhnya perasaan Cinta adalah nikmat milik Allah sepenuhnya... Sabar , Jujur , Ikhlas , Yakin dan Percaya adalah kunci segala Cinta yang Allah telah kurniakan..
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 12/18/2010 06:32:00 PM 0 ulasan
Friday, December 17, 2010
amalkan doa sebelum tidur dan doa bangun tidur smuga terbuka 3 ikatan syaitan.
Setelah bekerja seharian, setiap kita pasti perlu kepada tidur. Tidur nyenyak dapat mengembalikan kekuatan seseorang menjadi lebih baik. Namun, sadarkah kita bahwa sebagai Muslim, kita diperintahkan untuk menjadikan tidur sebagai ibadah. Kerana manusia diciptakan untuk beribadah. Bagaimana menjadikan tidur bernilai ibadah? Caranya dengan mengikuti tuntunan adab Islam dalam tidur, di antaranya membaca doa dan zikir semasa hendak tidur dan ketika bangun. Berikut ini di tuliskan do'a dan zikir menjelang tidur dan ketika bangun.
1. Do'a sebelum tidur
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ
Bismikallaahuma Ahyaa wa Bismika Amuutu
Maksudnya: "Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati."
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Do'a ketika bangun tidur :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."
Kedua-dua do'a tersebut di ambil daripada hadis sahih riwayat Muslim, dari Bara' katanya :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ وَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: "Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu" (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: "Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur" (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan)." (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Tidur dalam do'a di atas disebut kematian, kerana tidur adalah saudara kandung dari kematian. Seperti firman Allah s.w.t.:
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Maksudnya : "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan."
(Surah Al-An'am ayat 60)
Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menyatakan, "Allah Ta'ala mengabarkan bahwa Dia mematikan hamba-hamba-Nya dalam tidur mereka di waktu malam.
Firman Allah s.w.t. :
اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى
Maksudnya : "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan."
(Surah Al Zumar ayat 42)
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam do'a-do'a di atas, Nabi s.a.w. mengingatkan adanya hari kebangkitan setelah kematian sebagaimana manusia bangun dari tidurnya. Kerana, hikmah do'a ketika hendak tidur adalah agar penutup amal berupa zikir kepada Allah dan hikmah do'a bangun tidur adalah agar amal pertama kali adalah mengingat tauhid dan ucapan yang baik.
Semasa kita tidur sebenarnya syaitan telah membuat tiga ikatan. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya : “Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
1. Untuk membuka ikatan pertama adalah membaca zikir ( do'a bangun tidur ) iaitu :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur"
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."
Kemudain diikuti pula dengan do'a dibawah :
Maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku."
2. Untuk membuka ikatan kedua apabila kita mengambil wudhu' untuk solat.
3. Untuk membuka ikatan ketiga dengan kita mengerjakan solat.
Jika kita bangun daripada tidur sebelum masuk subuh kerjakanlah solat tahajjud dua rekaat dirumah dan bersiap-siaplah ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Kerana pahala solat subuh berjemaah lebih baik 27 kali lebih baik daripada solat dirumah. Pahala solat subuh berjemaah juga seolah-olah kita beribadah sepanjang malam.
Seandainya ketiga-tiga ikatan syaitan ini dapat dibuka dan hilang maka kita akan menjadi bersemangat, ceria dan bergembira. Oleh itu perlulah kita amalkan do'a-do'a semasa hendak tidur dan ketika bangun tidur seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada kita semua.
Dicatat oleh Khairul Amsyar Ahmad di 12/17/2010 06:44:00 PM 0 ulasan





